Thursday, November 24, 2005

sila, sila tambah nasi. ;-p


huhu. selamat datang ke "mari melantak", sabuah blog yang diwujudkan khas kerana perkara yang satu ini: makanan dan segala tentangnya.

siapa tak suka makan bukan? saya suka makan, kawan-kawan saya suka makan, mak saya suka makan, adik saya suka makan, jiran saya suka makan, semua orang suka makan dan saya pasti anda suka makan juga. =) tiada yang lebih menyeronokkan selain berbicara tentang makanan dan perkara-perkara yang seumpama dengannya. dan kerana saya memang suka makan dan saya juga suka memasak, lalu terhasillah blog ini yang saya gelarkan sebagai "mari melantak". namanya mungkin nampak kasar tapi ya, inilah stail saya, mahu sentiasa nampak sempoi dan lagipun dua perkataan ini menghasilkan satu tajuk yang catchy, saya suka, kalau anda tak suka, tak apa. LOL.

di sini, saya akan mengulas tempat-tempat makan yang telah saya lawati dan makanan-makanannya, mengulas menu-menu yang menarik dan di mana anda boleh dapatkannya dan juga saya akan menunjukkan (serta cara-caranya juga) resipi masakan yang telah saya usahakan. erm, bagaimana? menarik? namun begitu, yang paling penting tentu saja untuk menghasilkan penulisan yang menarik, sempoi, slumber dan JUJUR. mengapa jujur? sesungguhnya kejujuran itu sangatlah penting, kalau makanan yang diulas tu tak sedap dan rasa macam taik sebab ada lalat mati kat dalam tu takkan nak kata sedap kot!!

dan di sini, saya tidak akan memainkan peranan untuk melakukan segalanya seorang diri, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada blog ini. anda juga boleh mengulas dan hasilkan artikel berkenaan makanan dan segala yang berkaitan dengannya. yang perlu anda lakukan adalah untuk menjadi contributor. bagaimana? hanya hantarkan e-mail kepada saya di sweetness_is_her@yahoo.com dan saya akan hantarkan invitation ke e-mail anda itu dan anda bolehlah approve dan terus saja menjadi sebahagian daripada blog ini. boleh kan? menjadi sebahagian daripada blog ini bermakna untuk turut serta contribute artikel (bahasa melayu atau inggeris) anda dan sertakanlah gambar juga.

terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: untuk pengetahuan, nama saya nazirah. LOL.

1 Comments:

At 29 December, 2005 12:00, Blogger raeesa needs sugar said...

saya pun suka makan:D

 

Post a Comment

<< Home